28.6.11

untuk siapa..?

Allahumma barik lahu

dan tuhan mengilhamkan lebah,: buatlah sarang di gunung-gunung,di pohon-pohon kayu dan ditempat yang dibikin oleh manusia. kemudian,makanlah dari segala macam buah-buahan lalu tempahlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan bagimu. "dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. sungguh,pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang yang berfikir". (an-nahl:68-69)

Sumber makanan lebah adalah nectar. Nectar ni memang tidak dapat dijumpai pada waktu musim sejuk. Oleh itu,lebah ni pun mengumpulkan nectar pada waktu musim panas . Nectar ini akan diproses dengan satu jenis bahan yang dikeluarkan oleh lebah untuk menghasilkan MADU pula untuk disimpan pada waktu musim sejuk. Tetapi yang menariknya,simpanan lebah ini berlebihan dari keperluan si lebah ini…jadi,persoalannya kenapakah lebah ini menghasilkan madu berlebihan?untuk SIAPA?

dan kami menundukkan haiwan-haiwan untuk mereka;lalu sebahagiannya utk dijadikan tunggangan mereka dan sebhagiannya untuk mereka makan (yasin:72)

Allahlah yang menundukkan laut untukmu agar kapal-kapal dapat berlayar diataskan dengan perintah-Nya dan agar kamu dapat mencari sebahagian karuniaNya dan agar kamu bersyukur. Dan Dia menundukkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untukmu semuanya dari-Nya. Ssungguh,dalam hal yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang berfikir. (al-Jasiyah:12-13)

Cuba bayangkan kalau-kalaulah setiap hari ada tsunami?tiap-tiap hari rebut taufan?tiap-tiap hari puting beliung?agak-agak tidak ade orang keluar pergi bekerja,pergi sekolah dan mengerjakan rutin harian yang lain. Tapi Allah sayang dengan kita,Dia tundukkan laut dan angin agar kita dapat menikmati kehidupan didunia ini. untuk SIAPA lagi kalau bukan untuk manusia,bukan?

Dan sungguh, Kami telah menciptakan gugusan bintang dilangit dan menjadikannya terasa indah bagi orang yang memandangnya(al-Hijr:16)

Gugusan bintang dijadikan panduan bagi orang dahulu sebagai penunjuk arah. Malah ia juga membawa ketenangan kepada sesiapa yang melihatnya. Untuk SIAPA kalau bukan untuk manusia?

Maka,persoalannya kalaulah semua makhluk ini diciptakan tuhan untuk manusia,kemudahan kita,makanan kita,kesihatan kita,ketenganan kita...kita ini diciptakan untuk apa pula? Bersuka ria? Hidup untuk makan? Belajar ilmu dunia?untuk menjadi doctor.engineer,lawyer,arkitek semata-mata?

Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “ Aku hendak menjadikan khalifah dibumi”. Mereka berkata,”Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahakan darah disana,sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu? Dia berfirman, “ Sungguh Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. (2:30)

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku(51:52)

Jelaskan ayat diatas? Dah terang-terang Allah nyatakan dalam ayat-ayat suci Al-Quran tujuan kehidupan makhluk bernama manusia ini adalah untuk menjadi seorang khalifah dan beribadah.

bayangkan kalau kat office,semua orang buat kerja tapi kita saje yang curik tulang...kalaulah kene tangkap dengan bos yang amat garang lagi bengis semestinya kecut perut dan segala usus yang ada...sekali diugut diturunkan gaji kerana curik tulang,memang taubat taknak buat lagi bukan?

Tapi sedarkah kita yang Allah mengawasi kita 24/7? Lepas tu kita selamber jer buat donno seolah-olah seronok pula dengan kenaikan gaji dosa itu.... ini masalah orang yang curik tulang dimana orang yang telah tahu akan tugasnya,bagaimana pula masalah orang yang langsung tak tahu apa tugasnya,terpinga-pinga? Kalau orang yang tahu pun curi tulang, sampai kesudah pun orang yang tak tahu itu kekal menjadi tidak tahu....

wahai saudara-saudaraku Bertindaklah!! Berdagang dan berjual-belilah dengan Allah...

Wahai orang-orang yang beriman!Mahukah kamu Aku tunjukkan perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Yaitu kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (61:10-11)

No comments:

Post a Comment