15.6.11

Rapuhnya kehidupan.....

Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamanaan seekor nyamuk atau yang lebih kecil daripada itu. Adapun orang-orang yang beriman,mereka tahu bahawa itu kebenaran dari Tuhan. Tetapi mereka yang kafir berkata, "Apakah maksud Allah dgn perumpamaan ini?" Dengan itu banyak orang yang dibiarkanNya sesat dan dengan itu banyak pula orang yang diberikanNya petunjuk. Tetapi tidak ada yang Dia sesatkan dengan itu selain orang2 yang fasik.
(al-baqarah:26)


Mari kita kongsi kisah keluarga sang labah-labah. dalam al-quran ada surah khas yang diberi nama surah al-ankabut ataupun surah labah-labah. kenapa agak-agaknya Allah letakkan name surah ini surah labah-labah?kenapa labah-labah,bukan harimau,singa ,gajah ataupun binatang2 yang lain yang lebih kuat dan besar?


Berbalik kepada ayat al-quran diatas,sesungguhnya Allah tidak malu untuk membuat perumpaan dengan benda2 kecil kerana dengan makhluk2 kecil seperti ini mampu memberi pengajaran kepada orang2 yang berakal sihat,orang2 yang sentiasa mengaitkan sesuatu dengan kebesaran Allah,tiada kuasa yang lebih agung daripadaNya.

"Perumpamaan orang2 yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah2 yang membuat rumah. dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah2,sekiranya mereka mengetahui." (29:41)


Tapi tahukah kita sarang labah2 itu sebenarnya kuat,lagi kuat dari seurat benang sutera. malah scientist sedang mengkaji untuk meniru material sarang labah2 kerana ia lebih nipis namun lebih kuat dari sebatang besi yang sama ketebalannya.*

Jadi,kenapakah Allah membuat perumpaan rapuh dgn rumah labah2 sedangkan kita tahu sarang labah2 itu kuat juga sebenarnya.....ha,sebenarnya,kalau kita mengkaji lebih dalam,sebenarnya yang ingin disampaikan dalam ayat ini adalah system rumah tangga keluarga labah2 itu sendiri yang goyah,rapuh dan bercelaru.

sebenarnya,yang bersusah payah membuat sarang ini adalah labah2 betina dan bukannya labah2 jantan. bile dah siap rumah tu,labah2 betina ni akan jadi ketua keluarga dalam rumah itu ataupun dgn nama lain Queen control. selepas mengawan,labah2 betina ini akan terus membunuh dan memakan si jantan. oleh yang demikian,si jantan akan berusaha menyelamatkan diri dan tidak akan kembali ke sarang itu.

Labah2 betina ini juga akan bertindak agresif dan akan membunuh apa2 sahaja yang mengganggu kediamannya. diantara kalangan anak labah2 pula,mereka akan saling berbunuhan sesama sendiri selepas lahir dari telur. kepincangan keluarga labah2 ini amatlah terserlah.

Cuba kita bayangkan keluarga kita seperti keluarga labah2. ayah dibunuh oleh ibu dan kita sesama adik beradik saling bergaduhan sehingga sanggup membunuh sesama sendiri. ngerikan? agak2 pupus umat manusia kerana tiada sesiapa yang berani untuk mendirikan rumah tangga dan membina keluarga.

Maka,jelaslah disini,sesiapa yang bergantung harap kepada apa2 ataupun sesiapa selain dari Allah...maka,hiduplah dia dalam kepincangan dan kecelaruan seperti kehidupan labah2.

apakah yang dimaksudkan pergantungan disini? adakan hanya orang2 kafir sahaja tidak bergantung kepada Allah? bagaimana pula dengan umat islam yang masih mengamalkan perbuatan khurafat dan syirik kepada Allah? bukankah mereka juga memohon sesuatu bukan daripada Allah?

Bagaimana pula bila kita terlalu bergantung harap kepada kawan atau ibu bapa kita apabila kita berada dalam kesusahan dan bencana?dimanakah terletaknya pergantungan kita terhadap Allah sehinggakan tidak terlintas dipemikiran kita bahawa ALLAH lah yang patut kita memohon,merayu,merintih, melutut kepadaNya disaat kita diduga?


Bagaimana pula apabila kita mem'prioritize'kan sesuatu lebih daripada Allah? contohnya apabila kita akur dengan peraturan tempat kerja yang tidak membenarkan solat ataupun memakai hijab ketika waktu kerja?ataupun apabila kita malu dan takut dgn orang2 sekeliling kita yang tidak suka melihat kita mengamalkan amalan spiritual ditempat awam lebih2 lagi apabila hidup dinegara bukan islam ini? Adakah majikan kita yang memberikan rezeki kepada kita? patutkah kita mencari keredhaan manusia berbanding keredhaan Allah? bukankah ini juga mengkategorikan seseorang itu tidak bergantung kepada Allah?


Maka katakanlah,cukuplah bagi kami Allah,kepadaNyalah tempat segala urusan diserahkan...........




No comments:

Post a Comment