9.6.11

Finals ini : Optimis

Dengan nama Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.


Sedang beriman, baru bincang perihal OPTIMIS dalam usrah, satu perkara terlintas di hati --- sihatkah tawakal kita kepada Allah?


Hot topic discussed, paling dekat pada diri sebagai seorang student medic di Rusia is summer final exams. Yelah, kenalah pass exam kan, nak naik *th year kan. YES? NO?


Sebenarnya tak sabar nak balik Malaysia je. =p


Sebagai pelajar yang berdedikasi cekal, berkomitmen tinggi dan berimmunisasi mantap, preparation for final exam mula sebulan awal (wow).  Pulun2 study, bersekang biji mata, burning the midnight oil, overconsumption of caffeine, kita arrive in exam hall dengan 50% confidence boleh jawab exam nanti.


oops, mana pergi lagi 50%?


Sekarang, assistant cikgu dah mula huluq MCQ. Spasiba! =) eh, ambil tangan kanan..
Kita pun mula menjawab. JAP, baca doa dulu, ok. Mula.


Baca soalan 1. Haaaa, ni ingat. yes!
Baca soalan 2. Aiyyark, sikit2 ingat. takpe, boleh lagi.
Baca soalan 3. GULP. takpe. relax dulu.
Baca soalan 4. Pulak. tak pernah dengar ni! ada dalam ipod ke??
Baca soalan 5. .... BREATHE!


Di saat penuh gentar and cuak! separuh dari soalan yang ada dalam MCQ tak berapa ingat. Menggelabah bro... terkumat-kamit,terkebil-kebil mata, diaphorating, hyperventilating, dyspepsia dan macam2 lagi yg tak sesuai tulis kat sini.


Lepas 5 minit pandang kertas tu, kita mula jawab. Agak2 jawapan tu sedap hati, taram jelah dulu. Teruskan menjawab.
Jawab punya jawab, rupanya banyak yang boleh jawab sendiri dari yang boleh jawab...


Sudah.


Apa nak buat ni?




--SKIP SCENE--




Dah hantar jawapan, kita keluar dari exam hall dengan hati lara.


MCQ MEMBUNUH!! Aarghhhh!! Tension!! emoticon2!
:-(
:'(
=((((((((((


Adoi, apaaaaa lah yang kita jawab tadi? Kita pun selak buku.


Eh, ni soalan tadi.


sapsapsap, AAAAARRGGHHH OHEMJI! Salah jawab!


Ni soalan lain pula. salah lagi! Ni soalan lain, salah lagi! Ni lain, lagi! Ni, lagi!


FB Status : TTTTT.TTTTT


Teruih update....




Pernah jadi kan? Saya mengaku, diri ni pun pernah melalui saat2 typical musim exam (without the status updating). Detik-detik kehidupanku. Menyesal bro...


"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir" 70 : 19 

Saya bukan menyesal sebab tak dapat atau susah menjawab soalan exam. Tapi, saya memohon pada Allah Yang Maha Sempurna untuk mengampuni diri yang kerdil ini, atas kesalahan dan ketidaksanggupan diri ini.


Fitrahnya, manusia memang tak akan dapat mengawal reaksi mereka dalam keadaan macam ni. Panic lah, normal lah tu bro... 


Tidak!


Tengok balik reaksi kita. Kita sibuk obsess dengan MCQ tadi, sebab rasa tak sedap hati boleh lepas ke tak. Padahal selepas kita usaha, dan berdoa, kita diarahkan untuk bertawakkal. Menyerahkan hasil dan natijah kepada Allah Taala. Hanya Allah yang menentukan baik atau buruk result kita. Semuanya dibawah kekuasaan dan kebijaksaan Allah.


Yakinkah kita result yang Allah bagi, itu yang terbaik? Yakinkah kita Allah tak akan sia-siakan usaha kita? Yakinkah kita kepada Allah, Tuhan Yang Maha Mulia?


" ..jika Allah membiarkan kamu, maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mu'min bertawakkal." 3:160 


Saya ingat perasaan saya apabila tertampar dengan tazkirah ukhti tentang OPTIMIS terhadap Allah Taala --- malunya dengan Allah!! Malu dengan diri yang masih compang camping, masih ada perangai2 buruk, yang bukan akhlaq : banyak mengeluh.


Sebabnya? Kurang keyakinan terhadap Allah Taala.


"Katakanlah : "sekali-kali tidak kan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal." 9:51


MUSLIM. Mereka menyerahkan result, hasil, markah, rezeki semua kepada Allah. Allah yang ada Kuasa untuk memberi, diri ini hanya mampu untuk menerima, redha, syukur dan teruskan usaha dalam urusan lain. Sebab tu, kalau kita baca sirah, mana ada sahabat yang complain2 ni.


Bayangkan Khalid al-Walid apabila dihulurkan panji Islam semasa perang Mu'tah. 
"aaa?? Alamak.. Sudah.. Aku ke???"


atau


Sahabat semasa perang Ahzab(Khandaq). "Biaq betui nak gali parit?? Besaq dua lompatan kuda???"




Inilah contoh soalan2 exam kita, magnify 90000x.


Para sahabah tidak akan berlengah-lengah merenung situasi yang telah berlaku. Tidak mengeluh2 dan melenguh2 atas perkara yang belum ada ketentuan result. Tidak ada masa dibawah agenda "Reminisce". Apa yang mereka buat?


Yakinkah kita kepada Allah, Tuhan Yang Maha Mulia?


Selepas selesai satu 'MCQ', get up! Belajar dari kesilapan sebagai usaha untuk melaksanakan tanggungjawab kita. Teruskan melangkah!




"Wahai jiwa-jiwa yang tenang..!!" 89:27










Allahumma barik lahu

No comments:

Post a Comment