Dari Al Abbas Abdullah bin Abbas radhiallahuanhuma, beliau berkata : Suatu saat saya berada dibelakang nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bersabda : Wahai ananda, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara: Jagalah Allah, niscaya dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu , niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.
Bagaimana mahu memelihara Allah...??
1) Peliharalah solatmu...solat di awal waktu....**ok skrg dh masuk waktu zuhur penulis nak pegi solat jap**
~~~~ok dah solat~~~
2) Peliharalah wudukmu...bila solat itu tidak mampu menghalang kita dr mlakukan kemungkaran cek balik wuduk kita sempurna atau tidak...Selalulah memperbaharui wuduk... wuduk tuu kan dapat menggugurkan dosa2 kecil...mudah je Allah bg jalan utk gugurkan dosa
kita tp kita je yg malas2 kan...T__T
3) Peliharalah sumpahmu...huhhh yg ni penulis ponn takut nak terangkan...sumpah kita dgn Allah...ingat kan tym bila...mase kita di alam roh + masa kita mengaku dalam iftitah kita (solatku hidupku matiku ibadahku hanya utk Dia) + masa kita mengaku di dalam surah al-fatihah ( Hanya kepadaMu tpt ku bergantung dan memohon segala sesuatu) + masa tahiyyat awal dan akhir (syahadah)....kalau dikira dah berapa lame kite hidup darab berapa kali kita solat sehari dan berapa kali kita baca fatihah iftitah tahiyyat....fuuuhhh...dah banyak kali sgt2 kan kita mengangkat janji dgn Allah kan...
Check ayat ni : AlAraaf :172
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.
4) Peliharalah kemaluanmu...yg ni x perlu explanation kan.....=D
5) Peliharalah lidahmu dan perutmu...bercakap bila perlu dan hanya perkara2 yg baik.....T__T pelihara nafsu makan...seperti yg kita tahu kalo makan kurang nti xdak tenaga kalo makan terlebih xdak "tenaga" jugak (lemau) + nantok +lembab +gemok + obese + hypertension + sakit jantung + etc lah lagi...bersederhana dalam berkata2 dan bersederhana dalam memenuhi perut2 kita....fuhhhh ** lapar pulak*** =D
Okay...mari kita cuba mngamalkan walaupun si penulis ponn masih terkedek2 dalam mengamalkannya....T__T Jom doa jugak semoga setiap ilmu yg kita dapat mampu utk kita amalkan dan moga setiap amalan yg kita amalkan mampu kita istiqamahkan dan mampu memberi kesan kpd hati2 kita...insyaALLah~~~
*ni hanya mahkamah dunia*
Allahumma barik lahu
No comments:
Post a Comment