bismillahirrahmanirahim..
dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha pengasihani…
amacam..menarik tak video tadi..subhanaAllah..ana temui video tu dalam facebook beberapa minggu lepas dan sangat tersentuh dengan video tersebut..so so true,TARBIYAH ITU SANGAT INDAH.
ayat ini selalu terngiang dalam fikiran ana..tarbiyah tarbiyah tarbiyah..ya Allah,sangat beruntung diri ini kerana Allah pilih ana untuk sertai tarbiyah ini bukan di kampong tanah tumpah darah,bukan jua zaman muda mudi di sekolah dulu dulu..tapi di bumi asing ceruk hujung dunia Rusia ini ana temui tarbiyah yang indah ini..cewah J
dah bertahun lama Allah pinjamkan nyawa dan jasad ana kat dunia ni..ana sia siakan hidup ini bermain main dengan karat karat jahiliyah,untuk benda kecil yang sia sia dan tak mendatangkan manfaat untuk umat pun dan benda benda yang takkan membawa ana ke syurga Allah pon!astaghfirullah..
sejak mengenali tarbiyah di bumi Rusia ini..banyak sangat perkara best yang berlaku dalam hidup ana..bukanlah dulu sebelum datang rusia tak ada benda best pon pernah berlaku..tipu sangat la
bila datang Rusia,bila kita dah sedar yang tujuan kita adalah Allah,hidup dan mati kita hanya untuk Allah,apa apa pon untuk redha Allah..benda benda yang tak best berlaku kat kita pon kita akan rase best inikan pula benda benda yang best lagila lagila rase best sebab dah yakin semua rezeki,baik buruk yang terjadi kat kita adalah ketentuan Allah..
Tarbiyah ini membawa ana bertemu dengan akhwati yang caring,very helpful dan sayang kita kerana Allah..
Tarbiyah ini membuat ana lebih bersyukur dengan segala nikmat tak terhingga yang Allah kurniakan pada ana..
Tarbiyah ini juga menjadikan ana lebih bertenang dalam banyak sangat perkara sehari hari yang kadang kadang sangat menguji kesabaran..
Tarbiyah ini juga menemukan ana dengan adik adik usrati yang sangat comel dan menyentuh hati..
Tarbiyah ini juga membawa ana tahu tentang tujuan sebenar kita hidup untuk beribadah dan menjadi khalifah,menjadi qudwah hasanah,meneruskan rantaian perjuangan Rasulullah dan sahabat sahabat terdahulu dan cita cita mencapai ustaziatul alam satu hari nanti inshaAllah..
dan tarbiyah ini membawa ana kepada pemilik jiwa dan raga kita Allah S.W.T!
No comments:
Post a Comment