20.6.11

amalan dan taufiq

mohon taufiq dari Allah Taala dalam setiap apa yang kita lakukan,
supaya tidak tersia. Jauh sekali yang mendatangkan dosa.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Cuti, apa nak buat ya?

Sabda Rasulullah saw, yang bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.” (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Macam nasyid Raihan tu, terngiang-ngiang sabda Rasulullah saw dalam kepala semasa menulis post ini. Allahualam.

Cuti ini, memang terlalu banyak waktu yang terlapang ditangan. Lagi-lagi bila baru saja landing ke Malaysia, jet lag, lambat utk menyesuaikan diri dengan perbezaan 4 jam ini.

Rasulullah saw berpesan-pesan utk kita jaga lima benda. Penting lah! Kenapa? Sebab kalau salah satu ditarik Allah Taala, bergoncanglah iman kita. Sebab Rasulullah saw pesan, kita kena buat. Sebab kalau tak buat, haa pikir sendiri.. huhu.. :P

Wallahualam...

Health, wealth, vacancy, youth, and life.

Jagalah kesihatan.

Riadah jangan tinggal, kalau dah terbiasa main beskal petang2, istiqamahlah even di Malaysia pun *panassss* >.< Makan pun, eventhough makanan yang kempunan selama ni sejengkal je boleh capai dah. Berhenti before kenyang, susah tuuuuu. huhu. Puasa sunat jangan miss lah. Berkebun ke, main golf ke. Gymrama OR taichi. you get the point, right? :)

Jagalah harta.

Barang murah kat SOGO time Mega Sale ni, tapi becareful, tepuk dada tanya iman.. Jangan confuse antara kemahuan dan keperluan. Belanja adik-adik and family. Sedekah pada masjid, buat kenduri selamat. Tak ke amal jariyyah tu? :)

Jagalah masa lapang.

Gunakan sebaiknya. Still ada masa untuk revise sikit-sikit untuk practical di hospital nanti. Spend quality time with your family. Apa yang belajar semasa tarbiyah di Moscow, boleh sharing and caring. Update blog (kalau ada blog). Baca balik nota usrah, dapatkan semangat zaman muda-muda balik.

Jagalah usia muda. 

Badan kuat, infiru! Semangat yang membara, jom keluar pergi usrah kabilah. :) Ambil peluang pergi beri'tikaf. Panjangkan qiamullail. Takut-takut, tak sempat tua... >.<"

Jagalah kehidupan.

Ambil peluang yang ke-berapa-ribu kali ini, untuk bertaubat pada Allah Taala. Tiap-tiap pagi Allah Azza wa Jalla memberi nafas baru kepada kita untuk jaga dari tidur dan menjadi hamba Yang Maha Pengasih dan khalifah alam ini. Laksanakan erti penciptaan diri ini. Tinggalkan segala maksiat, buat yang baiiiiiiiiiiik aje. Be the best son/daughter to your parents. InsyaAllah, Allah Ar-Rahman berkati hidup, dengan balasan yang di dunia atau yang infinity...di akhirat kelak...

Hidayah itu, terbukti hanya dengan amalan. Taufiq itu, dikurniakan hanya dengan izinNya.

So, kalau betul-betul buntu tak tahu apa nak buat time cuti, try to pick one out of five, untuk dijadikan target. Istiqamahlah. Pelbagaikan niat dalam amalan, moga Allah swt terima usaha kita mencari taufiq-Nya.  Yang paling penting, cuba maximize mutabaah amal kita.

Dah tiba masa untuk tingkatkan amalan harian, kan?


QS 29 : 69

“Dan orang-orang yang berjihad dalam Kami, sungguh, akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama para Al-Muhsiniin (mereka yang ihsan)” (29 : 69)


Allahumma barik lahu

No comments:

Post a Comment