14.11.11

Menjaga Masa

Firman Allah dalam surah Al mu’minun ayat 1-5 menjelaskan sifat-sifat orang yang beruntung

Mafhumnya : sungguh beruntung orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya,dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna ,dan orang yang menunaikan zakat,dan orang yang memelihara kemaluannya.

Ibnu umar pernah berkata : apabila kamu berada pada waktu petang,jangan tunggu menjelangnya waktu pagi.Apabila kamu berada pada waktu pagi janganlah tunggu menjelangnya waktu petang,gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan mati.

Islam,sangat sangat mengambil berat mengenai masa sehingga Allah bersumpah dengan masa ,bukan sekali dua ,malah berpuluh kali sehingga ada satu surah dalam al-Quran yang dipangggil dengan surah Masa (al-Asr).Allah sediakan dua malaikat kepada manusia untuk mencatat segala yang dilakukan individu pada setiap saat,minit,jam,hari,bulan dan tahun hingga ke akhir hayat manusia

Rasulullah sendiri dan para sahabat,memanfaatkan masa mereka samada untuk ibadah atau dakwah sahaja.Tiada yang lain dalam urusan kehidupan mereka melainkan ibadah dan khalifah sahaja,kerana itulah misi hidup seorang mukmin yang sebenarnya.

Ibnu Nafis,seorang doktor perubatan yang terkenal yang telah menjumpai teori perjalanan darah pada kurun ketujuh Hijrah.Beliau merupakan seorang tidak suka membazirkan masa Beliau suka menulis menulis laju seperti air yang mengalir.beliau sentiasa memastikan pensel-penselnya telah diasah,tersedia di atas meja sebelum memulakan penulisannya kerana ditakuti masanya akan terbuang dengan mengasah pensel.

Ibnu jazi,setiap kali mengasah penselnya beliau akan mengumpul habuk tersebut di dalam bekas yang khusus.Apabila beliau jatuh sakit,beliau mewasiatkan habuk tersebut dijadikan bahan bakar untuk memasak air mandian mayatnya.Apabila beliau wafat,sahabat dan kerabat beliau melaksanakan wasiat Ibnu Jazi,ternyata habuk pensel tersebut sempat memanaskan air mandian mayatnya malah ianya masih berbaki sedikit.MashaAllah J

Imam at-Tabari,seorang ahli tafsir yang mashur.Seorang yang menulis setiap hari sebanyak 40 helaian kertas dalam masa 40 tahun.Beliau seorang yang sangat menjaga rutinnya .Selepas mengambil sarapan pagi beliau akan tidur kemudian bangun dan solat zohor.Kemudian beliau akan menulis sehingga asar.Apabila selesai beliau akan menelaah bersama-sama murid-muridnya menelaah ilmu sehingga maghrib.Selepas maghrib beliau akan mengajar ilmu Feqah sehingga larut malam.

Imam Abu al-Wafa’ pernah berkata “tidak biasa untukku persiakan detik kurniaan yang Maha Esa buatku,hatta kalaulah lidahku kelu untuk meneruskan hafalan dan mataku penat menatapi patah tulisan aku akan berusaha menggerakkan fikiranku dengan memikirkan sesuatu cadangan mahupun permasalahan aku tidak akan berasa lega dan berpuas hati melainkan setelah mendapati penyelesainnya.

Aku juga berusaha mengurangkan masa makanku,kadangkala hanya memadai dengan sepotong kek dan seteguk air sejuk.Sehingga aku dapat meluangkan sebanyak mungkin masa untuk ilmu pengetahuanku”

Ibnu Malik,seorang ahli nahu yang terkenal.Para sahabat tidak pernah melihat beliau membuat perkara yang sia-sia kecuali melihat beliau samada sedang solat ataupun membaca al-Quran ataupun mengarang ataupun membaca kitab-kitab ilmu.

Kisah-kisah ini dipetik dari kitab : Nilai Masa Di Sisi Ulama karangan Syeikh Abdul Fattah Abu.Lihatlah betapa teliti dan cermatnya ulama dan orang alim menjaga masa,menjaga rutin harian mereka agar bermanfaat dan diredhai Allah.Maka tidak peliklah kalau kita perhatikan Islam sangat gemilang pada zaman mereka suatu ketika dahulu.

Moga kisah-kisah ini dapat memberi inspirasi kepada kita semua agar lebih menjaga masa dalam menjalani kehidupan kita seharian di dunia ini.Sesunggunya masa seorang mukmin itu adalah milik Allah.maka peruntukkanlah masa itu sebaik-baiknya dalam redha Allah.

Allahumma barik lahu

8.11.11

Sekutu Allah yang lemah!!!!


Allahumma barik lahu

Merenung sejenak banjir yang melanda di Thailand. Kenapakah tuhan tuhan mereka tidak menyelamatkan diri mereka sendiri kalaupun tidak mampu menyelamatkan penyembahnya. maka benarlah kata kata Allah " sama lemahnya yang menyembah dan yang disembah"


"wahai manusia! telah dibuat sesuatu perumpamaan. maka dengarkanlah! sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah tidak dapat menciptakan seekor lalat pun,walaupun mereka bersatu untuk menciptanya. dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka,mereka tidak akan dapat merebutnya kembali dati lalat itu. sama lemahnya yang menyembah dan yang disembah. (al-hajj:73)


Niat saya bukan untuk mengutuk dan memperlekehkan agama lain,malah kita sebagai org muslim boleh mengambil pelajaran dari ayat ini kerana ayat2 al-Quran diturunkan kepada org2 yang beriman kepadanya untuk dijadikan sebagai panduan hidup.

Di sini saya hanya mahu meluaskan skop sekutu Allah itu sendiri iaitu apa apa sahaja yang membuatkan kita mem"prioritisekan" sesuatu lebih dari Allah. contohnya seperti kita mempertuhankan hawa nafsu kita dalam kehidupan seharian tanpa mengambil kira garis panduan syariat agama.

Janganlah kita memandang serong kepada org kafir yang tidak pernah mendengar ayat al-quran ini,tetapi refleklah kepada diri sendiri yang sudah tahu akan kata-kata Allah malah masih bergelumang dengan dosa. Maka,siapakah yang lagi teruk antara kedua golongan ini?


marilah kita sama bermuhasabah diri agar Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua. amin.

26.9.11

Ikhlaskah kita?


Salam wbt...hari ni alhamdulillah dapat berbulatan gembira lg berdua bersama yg tersayang...^_^ sama2 menghayati kandungan Riyadussolihin...hari ni membincangkan topik ikhlas...jom sama2 habiskan baca hadis ni..!!


Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):


Sesungguhnya golongan manusia yang pertama akan diadili pada hari Kiamat kelak ialah:

Pertama, orang yang mati shahid secara zahirnya. Orang tersebut dibicarakan lalu diperlihatkan kepadanya kenikatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan tetapi, lalu dia ditanya, "Apa yang telah engkau lakukan?". Dia menjawab, "Aku telah berperang keranaMu sehingga terbunuh sebagai syahid". Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau berdusta. Yang sebenarnya engkau berperang dengan niat supaya engkau disebut sebagai pahlawan dan engkau telah pun mendapatkannya". Seterusnya Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dihumban ke dalam neraka.

Kedua, orang yang mempelajari ilmu Islam dan mengajarkannya kepada orang lain dan selalu membaca al-Quran. Orang ini pun lalu dibicarakan, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang akan diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan tetapi, lalu dia ditanya, "Apa yang telah engkau lakukan?". Dia enjawab, "Aku telah mempelajari ilmu islam dan mengajarkannya kepada orang lain serta selalu membaca al-Quran keranaMu". Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau berdusta. Yang sebenarnya engkau mempelajarinya supaya engkau dikatakan sebagai orang alim dan selalu membaca al-Quran supaya engkau disebut sebagai qari, dan engkau telahpun mendapatkan semua itu". Lalu Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dicampakkan ke dalam neraka.

Ketiga, orang yang diberi kekayaan melimpah ruah oleh Allah, yang digunakannya untuk selalu bersedekah. Orang inipun lalu dibicarakan, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan tetapi, lalu dia ditanya, "Apa yang telah engkau lakukan dengan hartamu?". Dia menjawab, "Tiada satu kesempatan pun yang didalamnya Engkau suka agar seseorang mengeluarkan sedekah padanya, melainkan aku bersedekah didalamnya keranaMu". Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau berdusta. Yang sebenarnya, engkau mengeluarkan sedekah tersebut dengan niat agar engkau dikatakan sebagai seorang yang dermawan dan engkau telah pun mendapatkan gelaran itu". Seterusnya Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut diheret pada mukanya sehingga dia dihumbankan kedalam neraka. (Riwayat Muslim)


Segala amal kita punya 1 tujuan sahaja...Hanya Untuk Allah..insyaAllah... mari bermujahadah!!




Allahumma barik lahu

25.8.11

Untuk tangki-tangki minyak yang penuh

GRAB THE LIGHT!


Biasakan dengar orang tanya, "Kenapa pergi usrah? Apa sebab datang usrah?"


Jawapan majority : Nak topup iman, iman terancam, environment tak sihat, Allah ampunkan orang yang ke majlis-majlis ilmu.


Alhamdulillah, Allah masih buka pintu hati ini untuk kembali kepadaNya.


Kita belajar macam-macam, baca dan bincang ayat-ayat Al-Quran, hadis-hadis dan sbginya. Bertanya dan memberi jawapan. Untuk meneguhkan dan meningkatkan iman kita.


Alhamdulillah, pengisian dan pencerahan untuk up-kan semangat dan keinsafan. 


Hmm.....


Selepas usrah? Adakah pencerahan semangat diteruskan? eh? Hanya menunggu keinsafan datang bergolek?


Tau tak..


Ibaratnya, isi petrol sampai penuh tangki minyak kereta... untuk hanya memanaskan enjin kereta... kereta statik dan tidak bergerak.


Bila nak sampai ke destinasi?


Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan (belum lagi) nyata orang-orang yang sabar?
3 : 142

Sampai bila nak panaskan enjin? Bila nak start tekan pedal dan maju ke hadapan? Keluar mencari hidayah Allah, bukan duduk-duduk, bersenang-senang dalam pembentukan diri.

Tidaklah sama antara mu’min yang duduk yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk, satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar
4 : 95


Andai kata, kita nak pergi ke Johor, mestilah naik train ke Johor. Pastikan track dan route train yang betul. Kalau nak ke Johor, takkanlah naik train ke Arau? Memang sampai bila-bila tak sampai.

Begitu jugalah tarbiyah ini. Untuk mencapai pencerahan (mengeluarkan diri dari kegelapan kepada cahaya), mestilah kita berada di landasan yang betul. 

Ye, ikut Al-Quran dan Sunnah, TAPI, bukan itu sahaja. Kita sendiri hendaklah on the right track menuju Al-Quran dan Sunnah tu. Awak, jumpa ke ayat-ayat Al-Quran dibacakan di cinema? Ada ke tiba-tiba orang membincangkan hadis di bowling alley? 

Awak,
 kita mestilah berada di tempat dan waktu beserta niat yang betul. Berkongsi dan salurkan cahaya itu jangan putuskan hidayah Allah tu, sampai kat kita aje. Kita zahirkan dalam bentuk akhlak dan teladan.

Nak mendapat taufiq dan hidayah, kenalah tetap dan teguh MENCARI. Stay on the right track, insyaAllah, Allah akan jodohkan kita dengan pencerahan yang luar biasa ini. Seperti sahabat-sahabat Rasulullah saw yang melalui perubahan yang AWESOME...

If we stayed and never strayed, Allah promises to make it easier for you on your journey of life... 


Dan orang-orang yang mendapat petunjuk Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan kepada mereka (balasan) ketaqwaannya.
47:17

InsyaAllah, He will show you the Way. :)




Allahumma barik lahu

19.8.11

why? why? why?


Assalamualaikum w.b.t to all readers :)

I think i've been away from blogging like ages ago and I felt bad for myself...blogging is definitely not my thing eventhough I enjoyed writing..i just need to take a huge amount of effort and determination to touch these keyboard which I can't seem to find. Actually I did wrote something as a draft but never been posted. I just don't know why...(ok..i need to stop blabbering)


why did I started blogging in the first place?

Because somebody asked me to? For fun? Because I will be happy when somebody read my posts? To show off to all my friends that I have talents in writing blogs? Because I was being praised for my mind-blowing posts? Because I have followers and I don't want to disappoint them?To spend my free time because I don't have anything to do? As my hobby? Because I like typing? Because I can't sleep? Because I took a lot of pictures and I wanted to show it? I wanted to share all my thoughts which can't be expressed by talking? Because I don't have friends to talk to and feel lonely? Because I don't want to help my mother at the kitchen and used my blogs as an excuse? Because I want to be seen as a busy person?

(you can change blogging to anything you want. e.g: cooking. meet friends, camping, shopping and start thinking why you are actually doing it)

Narrated 'Umar bin Al-Khattab: I heard Allah's Apostle saying, "The reward of deeds depends upon the intentions and every person will get the reward according to what he has intended. So whoever emigrated for worldly benefits or for a woman to marry, his emigration was for what he emigrated for."


Ya Allah...please forgive me..

I spent my life not for you to See

I just do things to make myself happy

I forgot to make You my sole priority


everything that I've done until now are just a waste

due to the worldly happiness that I chased

the splendor of this world had me dazed

I forgot why did you create me in the first place


"We did not create the jinn and men except to worship us" -Surah adh-Dhariyyat: 56)


And [mention, O Muhammad], when your Lord said to the angels, "Indeed, I will make upon the earth a successive authority." They said, "Will You place upon it one who causes corruption therein and sheds blood, while we declare Your praise and sanctify You?" Allah said, "Indeed, I know that which you do not know." -Al-Baqarah 2:30


Sometimes people just do things due to a simple reason and live their life shortsightedly. For example, they went to Terawikh because it is a custom for Malays to do during Ramadhan. They went for practical medical training in hospitals simply because they wanted signature. They went to classes because it is in the timetable. They study and read books because they wanted to pass exam. They cook and give to neighbors or friends because they wanted to be praised for their talents in cooking. They eat because they are hungry. They wake up at 6 am because its their routine.


Well, it is very difficult for us to set our intentions straight every time we did somethings. And it is also difficult to keep it all the way through our life or refresh it every time when our intentions started to sway and diverge from its original path. We tend to forget it halfway or tends to do it due to ourselves.

"Shall I introduce to you a weapon which will protect you both from the evils of enemies and increase your sustenance? They said: Yes, O Messenger of Allah. He said: Call your Lord day and night, for “Dua” is the weapon of a believer.”

-Sahih Bukhari

Call on your Lord with humility and in private: for God loveth not those who trespass byond bounds. -Surah Al-Araaf 7:55


Ya Allah ...please help me..

show me the right way and guide me through my journey

I might be lost and my life is in awry

But that is not what I intended to be


p/s: I once heard a person say, “Ikhlas is when you didn't intensify what you're doing even though you are being praised, and didn't reduce it even when you are being criticized”.


Allahumma barik lahu

14.7.11

Anda lemau? Tak crispy?

     The dearest words to Allah are four: SubhanAllah, Alhamdulillah, La ilaha illallah , and AllahuAkbar. There is no harm for you in which order you begin (them while remembering Allah)



Alhamdulillah, jom nu'min saah dengan suatu hadis yang sangat-sangat sweet.    Rasa berkobar-kobar selepas membaca hadis ini, SUBHANALLAH! Memberi semangat bila kadang-kadang kita 'lemau' tu. Selamat me'rangup'kan iman~ :)


Dari Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda,
”Sesungguhnya Allah swt. mempunyai  malaikat-malaikat yang tugasnya berkeliling di jalan-jalan untuk mencari majlis-majlis zikir. 

Apabila mereka menjumpai orang-orang yang sedang berzikir kepada Allah,mereka saling memanggil satu sama lain,” Kemarilah, inilah yang kalian cari!” 

Lalu para malaikat itu mengelilingi majlis tersebut dengan sayap-sayap mereka sampai ke langit. 

Apabila pada ahli zikir itu sudah berpisah dari majlis, para malaikat itu pun naik kembali ke langit.

Allah swt.bertanya kepada mereka sedang Dia Maha Mengetahui,

”Dari manakah kalian datang?"

 Para malaikat menjawab,”Kami datang dari hamba-hamba-Mu yang sedang sibuk mensucikan, mengagungkan dengan memuji Dzat-Mu.”

 Allah swt. bertanya, ”Apakah mereka dapat melihat-Ku?” 

Para malaikat menjawab,”Tidak, mereka tidak melihat Engkau.” 

Allah swt bertanya,”Bagaimanakah seandainya mereka melihatku.”

Para malaikat menjawab,”Jika mereka melihat Engkau, tentulah mereka akan  lebih giat lagi beribadah kepada-Mu

Allah bertanya lagi, "Apakah yang mereka minta?” 

"Mereka meminta syurga-Mu," jawab para malaikat. 

Allah bertanya.”Apakah mereka pernah melihat syurga itu?” 

"Mereka belum pernah melihat surga itu,” Jawab para malaikat lagi. 

Allah bertanya lagi,” Bagaimana sekiranya mereka telah melihat syurga-Ku itu?” 

Para malaikat menjawab, ”Sekiranya mereka telah melihat surga-Mu, tentu mereka lebih ingin dan lebih berusaha lagi sekuat mungkin untuk mendapatkanya.” 

Kemudian Allah bertanya,”Dari apakah mereka berlindung?” 

Para malaikat menjawab,”Mereka berlindung dari neraka jahannam.

Allah swt. bertanya,”Apakah mereka pernah melihat neraka jahannam itu?” 

"Tidak, mereka belum pernah melihat neraka Jahannam itu,” Jawab para Malaikat. 

Allah bertanya lagi,”Bagaimana sekiranya mereka telah melihat neraka itu?” 

Malaikat menjawab, “Sekiranya  mereka pernah melihat neraka itu, tentu mereka akan lebih dan lebih berusaha lagi supaya dijauhkan sejauh-jauhnya darinya.” 

Kemudian Allah berfirman ”Hendaklah kamu sekalian menjadi saksi bahwa Aku telah mengampuni semua peserta majlis itu.” 

Salah satu malaikat berkata,” Ya Allah, si fulan itu datang secara kebetulan, kerana urusannya sendiri, ia bukan termasuk peserta majlis itu.

Allah berfirman,”Majlis itu adalah majlis yang amat berbahagia, maka tidak akan merasa kecewa orang-orang yang duduk di majlis itu.

(Hr. Bukhari Muslim).

Allahuakbar!! wahhhhhhh, sweet nye Allah. Subhanallah! 

Apa lagi? Kat mana-mana pun kita, jangan lepaskan peluang untuk berkumpul dan join majlis-majlis ilmu atau ceramah atau tazkirah. Lagi-lagi kalau ada halaqah kecil-kecilan, percayalah, yang meramaikan majlis di antara kita adalah para malaikat yang mulia. Sayap-sayap yang meliputi kita berlapis-lapis hingga ke langit dunia. Wahhhhhh. Taraf penghuni langit gituh!

Allah Yang Maha Pengampun memberkati majlis-majlis zikir dengan mengurniakan pengampunan kepada sesiapa sahaja yang ada di dalam majlis tersebut. Tak kira lah, tidur ka, makan ka, buat homework ka. Duduk je, dah diampunkan dosa-dosa kecil kita. Bila dosa banyak dah diampunkan, mesti terasa hati bersih + iman pun membara-bara. Sebab tula, tak kira penat or busy macam mana sekali pun, ingatlah, Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersungguh. Doakan bukan kita yang berpaling dari Allah.




Allahumma barik lahu

6.7.11

SYUKUR NIKMAT

bismillahirrahmannirrahim

salam wrt..

alhamdulillah3x...Allah masih mengurniakan kita dengan pelbagai nikmat yang tak terhitung...
jelas sekali dlm surah ar-rahman ayat yang disebut berulang-ulang kali : maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

namun, astaghfirullah3x...jarang sekali kita bersyukur atas nikmat2 kurniaanNya...
seolah2, semua usaha yang kita kerahkan untuk mencapai nikmat2 tu datangnya dari kita sendiri..
kita lupa, keupayaan kita untuk berusaha tu pun datangnya dari Allah..
kalau orang yang bantu pun,kita lupa keupayaan orang itu untuk bantu kita pun datangnya dari Allah..

"dan sungguh, Kami telah menempatkan kamu di bumi dan di sana Kami sediakan (sumber) penghidupan untukmu .(Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur". ( al-a'raf ,7 :10)

malam Sabtu yang lepas, mendengar sebuah ceramah oleh seorang ustaz..antara contentnya ialah SYUKUR NIKMAT..
so nak kongsi sikit lah apa yang ustaz tu ceritakan insyaAllah...

Pada satu hari, ustaz ni bertemu dengan sahabat lama,yang dah bertahun tak jumpa.
lepas tu, sahabat ni ajak ustaz ni makan di sebuah restoran.mereka makan mee sup...
dah borak2, sahabat ni bertanya anak ustaz berapa orang.
ustaz jawab : 5 orang
sahabat : okay...order lagi 6 bungkus mee sup untuk bawak balik.. bagi kt anak bini..
ustaz pun kata : eh x payah susah2..
sahabat : takpe2... terimalah..jangan lah menolak..
ustaz pun akur.

dah selesai makan, ternampak kedai pakaian. then, sahabat ni bertanya lagi : umur anak2 berapa?
ustaz : yang sulung darjah 5...n yg lain2 tu kecik2 lagi lah.
sahabat : ok ambil lah sepasang baju untuk setiap anak2..
ustaz : eh tak payah lah...tadi dah belanja mee sup..cukup lah tu...
sahabat : takpe2...terimalah...
ustaz pun akur..dan ambil lah oleh dia 5 pasang baju untuk anak2 nya...

dan bila sampai di tempat parkir kereta, sahabat bertanya kepada ustaz : balik naik apa?
ustaz: naik teksi...sebab kereta rosak..
sahabat : ok jomlah saya hantar ke rumah..
ustaz : eh tak payah susah2.. teksi banyak...
sahabat : jomlah saya hantarkan..
ustaz sekali lagi terpaksa akur..

bila dah sampai rumah , sahabat ni berkata : sampai sini je lah saya dapat hantar. nak masuk macam tak sempat. lain kali lah saya datang lagi..
lalu, mereka pun berpisah..

persoalan :cuba bayangkan diri kita di dalam situasi ustaz ini.
kalau lah kita ada sahabat yang begitu, apa perception kita terhadap dia?

mesti terdetik dalam hati kita... Ya Allah...baik nya dia ni..baik nya...baik nya...

tapi, berapa kali sahabat ini beli kan mee sup untuk keluarga kita? SEKALI
berapa kali sahabat ini belanja pakaian untuk anak2 kita? SEKALI
berapa kali sang sahabat hantar kita ke rumah? JUGA SEKALI

tapi kita tak kan henti2 n sentiasa teringat2 kan kebaikan sahabat ini terhadap kita.
kalau ada orang yang bertanya kan kepada kita peribadi sahabat tadi, mesti kita akan jawab yang dia baik hati, pemurah,baik hati, pemurah.
walaupun pada hakikat nya, baru SEKALI sahabat tadi belanja kita mee sup, baru SEKALI dia belanja kan pakaian, dan baru SEKALI JUGA hantar kita ke rumah..

tapi dengan Allah, susah betul kita nak wujudkan perasaan yang sebegitu.
sedangkan , Allah beri nikmat makanan, pakaian dan macam2 lagi
kepada kita BUKAN SEKALI.. tapi SETIAP MASA..
bukan SEHARI, tapi HARI-HARI...
namun ,jarang sekali kita menzahirkan rasa bersyukur.
jarang jugak kita bagitahu kat orang lain yg Allah tu baik sebab bagi kita nikmat HARI-HARI.

Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu memberitahukan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan
menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu kufur (mengingkari nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih".
( Ibrahim,14:7)












































because He knows :)


I always wonder...why I was being tested by Allah so many times...

about the same thing...even though I thought I had tried the best..even though I thought I had corrected myself in every possible ways...even though I thought I've chosen the best ways my mind could think of...


For example, why some people always stutter in front off the teacher during oral examination but actually they was quite a good speaker in real life...

why some one who spent a lot of time studying for the exam, memorize every pages of the book, using all colors of highlighters in order to boost their minds and so on...but in front of the examination papers, their mind always went completely blank, black and white, all memories seems to have drift away and became entangled......

sometimes, when some other people find it easy to make tasty mouthwatering moist chocolate cakes, but some people always turn it into a worthless tasteless rock-coloured sponge despite trying hard for countless number of times...


"To whomever of you wills it, follow the Straight Path. You have no will unless Allah ,The Lord of the Universe, so wills." 81:28-29


Sometimes, we always wanted something and give all our efforts to get it...we use every possible means in achieving it (good or bad)...while other people can have it easily...we need to spent a lot of things to get that one thing we desired the most...(you can replace “it” with anything you want. e.g : good grades, money, happiness, hostel, boyfriend and many more) ...but it seems that our luck was never on our side, all our effort appear to have wasted...although we prayed days and nights...cried our hearts out...


Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not. 2:216


It is because Allah knows what is best and does it His own way...

maybe having that thing makes you happy and leads you astray...

You'll forget Him slowly and get carried far away...

or maybe He misses you and wanted to listen to you everyday :)


and I once heard..it is not the result that counts but the process

If you think that what you want is Allah's bless

Rewards from Allah and Jannah is the true happiness

So, never have doubt in Him and always try the best :)


maybe you failed the test so He is giving you a second chance

and He is still waiting for your repentance

Why is it when you asked for the sun, He gives you rain?

Well ..it is simply because there'll be rainbow at end :)


Therefore believe in Allah and put your trust in Him...and always pray to Him and asked Him to give you guidance...tried only the good ways and don't smear your efforts with something dirty and tarnish your image in front Him...because it's the PROCESS that counts!!!!

"No disaster befalls earth but it is in a record before We created it. Indeed, it is easy of Allah." 57:22


Allahumma barik lahu

1.7.11

Fenomena sekular menular....

Dah 5 ari saya berada di malaysia...memang best dapat jumpa  mak ayah dan sanak saudara..dapat pergi berjalan dan bersiar siar bersama sama setelah hampir setahun tidak bertemu...Alhamdulillah saya diberi peluang lagi sekali untuk menatap wajah2 yang tersayang.

Malaysia telah banyak berubah,perubahan yang dikatakan sangat sekular. Boleh dikatakan semua rancangan TV berlandaskan hiburan...dari kecil sampailah kepada org tua semua orang mahu menyanyi berhibur berlebih lebihan..terkejut bila melihat adanya rancangan baru "kilauan emas" yang memberi peluang kepada golongan vateran tampil dipentas untuk menyanyi...yang menghairankan
,ramai pula makcik pakcik mahu menyanyi..


Bila keluar bersiar siar bersama keluarga di terengganu,saya nampak semakin ramai gadis gadis timur ini yang tidak bertudung...dulu saya rasa jarang sungguh nak tgk orang tak bertudung ni di negeri saya ini..begitu ketara kehidupan zaman sekarang yang kononnya dikatakan modern dengan zaman saya kecil2 dulu...

Ibu saya seorang guru,die pernah bercerita mengenai seorang muridnya darjah 4 tidak pandai mengucap kalimah syahadah ketika disuruh oleh ustazah..apabila ditanya adakah ibu bapanya pernah solat atau berpuasa,jawapannya sangat menyedihkan apabila die tidak pernah didedahkan dengan hal2 agama dirumahnya.

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah". (110:1-2)


merujuk pada ayat diatas,selepas Rasullulah mengumumkan sebuah negara islam setelah sahaja  baginda berjaya menawan kembali kota Mekah,disitu ramai manusia memeluk agama islam..berbondong-bondong ramainya. Tapi apakah bezanya orang yang mula-mula masuk islam,bermati- matian berjihad menegakkan agama Allah dengan orang yang terkemudian masuk islam setelah melihat islam menang dan hebat ketika itu?adakah mereka memeluk islam  ikhlas kerana Allah,percaya dan beriman pada Allah dan RasulNya atau kerana mereka hanya mengikut arus apabila melihat ramai orang yang memeluk islam(" mengikut TREND")?



Begitulah juga kita dapat mengaplikasikan ayat tersebut dalam fenomena masyarakat islam sekarang ini. Apabila islam itu diturunkan berlandaskan nasab keturunan,dari generasi kepada satu  generasi, maka islam itu akan hanya terukir pada namanya sahaja,tidak terpancar pada akhlaknya,pemakaiannya,pemikirannya dan keseluruhan gaya hidupnya...tidak sama penghargaan yg diberikan oleh seseorang itu apabila ia diberi secara percuma dengan penghargaan yang diberi oleh seseorang yang bermati-matian untuk mendapatkannya...

Jadi, jika manusia berbondong-bondong memeluk islam ketika kegemilanganya,maka tidak mustahil jika manusia yang tidak faham islam ini juga berbondong-bondong meninggalkan islam ketika kejatuhannya.......setelah TREND islam sudah lagi tidak glemer,maka TREND Taghut lah yang menjadi ikutan..... Nauzubillahhhh..

Pendidkan membentuk individu muslim sangat penting dalam membendung masalah ini..kita ni umur dah meningkat,tak lama lagi dengan izin Allah kita akan bergelar isteri atau suami,ibu atau bapa...oleh itu,tingkatkanlah diri dengan ilmu agama,mentarbiyyah diri hari demi hari,meninggalkan jahiliyyah kita bersungguh-sungguh agar kita dapat mendidik anak2 kita,menjdi contoh yang terbaik untuk mereka dan juga masyarakat sekeliling...jangan biarkan anak cucu kita menunding jari ke muka kita di akhirat kelak menuduh kita sebagai punca mereka tidak pernah mengenal erti islam yang sebenarnya...

Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah


Astaghfirullahal azim, wa atubu ilallah. Moga Allah ampunkan dosa-dosa mengotorkan dan kekerdilan pada diri ini.

Sesungguhnya Allah Taala telah menetapkan kita berada pada tempat-tempat yang paling secocok dan sesuai dengan kita, supaya kita beriman padaNya. Anda yakin?

Getarnya hati, tunduknya jiwa, teliti spotong ayat dari al-Quran yang berbunyi 



QS78:40

Sesungguhnya Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat, iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku (telah) menjadi tanah". 


Wallahualam.

Dalam ayat ini, mempunyai peringatan dan warning yang sangat keras. Peringatan yang menggoncangkan mereka-mereka yang lena tentang satu berita besar iaitu Hari Qiamat. Warning betapa dahsyatnya Hari Qiamat ini, dan betapa menakutkan keadaan pada waktu itu.

Lena (kata orang utara) ni, ada tiga jenis. Satu, lena Nabi saw; mata pejam, tapi hati celik. Contohnya kisah Abu Bakr disengat kala jengking supaya tidak dikejutnya Rasulullah saw yang sedang tidur di pangkuannya. Rasulullah terjaga apabila mengesan sahabat karibnya dalam kesakitan.

Dua, lena manusia biasa macam kita-kita ni. Mata pejam, hati pun pejam. Tapi tidak mengapa, kalau tidur, tidak dikira dosa pahala.

Tiga, lena teghuk sekali (kata orang utara). Mata celik, tapi hati pejam. Ini paling susah sekali. Tanda kebesaran Allah, peluang memperbaiki diri, dan ruang taubat, SEMUA berada dihadapannya, tetapi hatinya tidak terdetik sedikit pun untuk melakukan kebaikan dan kesolehan.

Ayat ini mengetuk DUM-DAM-DUM-DAM pintu-pintu hati yang masih dalam lena masing-masing.

Azab yang di-highlight-kan secara tersirat pada permulaan ayat ini adalah azab penyesalan seorang manusia apabila dipamerkan kitab amalannya, dia mengatakan lebih baik didunia dia menjadi tanah, bukannya manusia. Malah penyesalan ini, lahir dari jiwa itu sendiri, sebelum dia dihisab.

Sah! Dia tidak suka pada apa yang dinampaknya, mula berfikir apa yang boleh dilakukan untuk mengubahnya. Nak buat macam mana? Dah terlambat, bang!

Tanah, kalau bercampur air, tercalit ke seluar kita, mesti kita cepat-cepat hendak membasuhnya. Tanah yang ditiup angin menyebabkan debu yang merimaskan. Tanah, yang diatasnya manusia membina jalan-jalan, rumah-rumah, toilet, loji, dan juga longkang.  Tanah, yang tidak subur akan terbiar meladang semak-samun.


Dan pada Hari itu, mereka meluahkan perasaan lebih rela menjadi TANAH dari menjadi manusia, makhluk yang paling sempurna penciptaannya. Pelik?

Tetapi, hakikatnya, Allah mencipta tanah ini makhluk tanpa aqal. Islamnya ijbari (terpaksa). Dan di Hari Qiamat, amalannya tidak ditimbang tara. Ia makhluk yang sentiasa patuh dan taat pada Allah Al-Khaliq.

Manusia? Mereka diberi aqal, diturunkan Kitabul Furqan, diutuskan Rasul Uswatun Hasanah, tetapi mereka tetap dengan amal-amal yang memberatkan kepada dunia ini. Kemudian, bila tiba janji Allah, manusia terngadah! Kitab amalannya kosong! Bahkan senget yang belah kiri.

Inilah keadaan penyesalan yang amat sangat hinggakan manusia lebih mendambakan menjadi tanah yang hina tetapi patuh dan taat, dari menjadi manusia yang mulia tetapi durhaka dan sombong pada Allah Taala.

Inilah AMARAN Allah Azza wa Jalla. Al-Mutakabbir. Allah lebih tahu, Maha Mengetahui, sikap manusia itu, maka diceritakanNya kepada KITA -- mukminin yang membaca Al-Quran, tentang apa yang jadi bila manusia itu ingkar -- bawa jumpa Allah buku yang kosong, tanaman yang tak berbuah, benih yang tak bercambah.  Azab yang akan menimpa mereka, malu dan penyesalan yang tidak terhingga, tidak boleh ditarik balik, NO SECOND CHANCE!

Syukurlah ila Rabbuna, kita masih mempunyai masa untuk bertaubat, bertaubat, dan bertaubat dan bertaubat lagi. Allah itu Maha Pengampun,

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman : “ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi. Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu. Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”


[ Hadis riwayat Tirmizi ]


Subhanallah! Luasnya pengampunan Rabbul Alamin.

Awasilah hidup kita dengan solat yang menginsafkan, suburkan hati dengan taubat dan tasbih, tundukkan ego dengan melihat kebesaran Allah Al-Khaliq (Yang Menciptakan), Al-Bari’ (Yang menbentuk), Al- Musawwir (Yang Memberi Rupa).

Ÿw$s% $uZ­/u !$oY÷Hs>sß $uZ|¡àÿRr& bÎ)ur óO©9 öÏÿøós? $uZs9 $oYôJymös?ur ¨ûsðqä3uZs9 z`ÏB z`ƒÎŽÅ£»yø9$# ÇËÌÈ  
QS 7:23

Doa : mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

Allahumma barik lahu