
Allahumma barik lahu
Merenung sejenak banjir yang melanda di Thailand. Kenapakah tuhan tuhan mereka tidak menyelamatkan diri mereka sendiri kalaupun tidak mampu menyelamatkan penyembahnya. maka benarlah kata kata Allah " sama lemahnya yang menyembah dan yang disembah"
"wahai manusia! telah dibuat sesuatu perumpamaan. maka dengarkanlah! sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah tidak dapat menciptakan seekor lalat pun,walaupun mereka bersatu untuk menciptanya. dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka,mereka tidak akan dapat merebutnya kembali dati lalat itu. sama lemahnya yang menyembah dan yang disembah. (al-hajj:73)
Niat saya bukan untuk mengutuk dan memperlekehkan agama lain,malah kita sebagai org muslim boleh mengambil pelajaran dari ayat ini kerana ayat2 al-Quran diturunkan kepada org2 yang beriman kepadanya untuk dijadikan sebagai panduan hidup.
Di sini saya hanya mahu meluaskan skop sekutu Allah itu sendiri iaitu apa apa sahaja yang membuatkan kita mem"prioritisekan" sesuatu lebih dari Allah. contohnya seperti kita mempertuhankan hawa nafsu kita dalam kehidupan seharian tanpa mengambil kira garis panduan syariat agama.
Janganlah kita memandang serong kepada org kafir yang tidak pernah mendengar ayat al-quran ini,tetapi refleklah kepada diri sendiri yang sudah tahu akan kata-kata Allah malah masih bergelumang dengan dosa. Maka,siapakah yang lagi teruk antara kedua golongan ini?
marilah kita sama bermuhasabah diri agar Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua. amin.
No comments:
Post a Comment