Firman Allah dalam surah Al mu’minun ayat 1-5 menjelaskan sifat-sifat orang yang beruntung
Mafhumnya : sungguh beruntung orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya,dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna ,dan orang yang menunaikan zakat,dan orang yang memelihara kemaluannya.
Ibnu umar pernah berkata : apabila kamu berada pada waktu petang,jangan tunggu menjelangnya waktu pagi.Apabila kamu berada pada waktu pagi janganlah tunggu menjelangnya waktu petang,gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan mati.
Islam,sangat sangat mengambil berat mengenai masa sehingga Allah bersumpah dengan masa ,bukan sekali dua ,malah berpuluh kali sehingga ada satu surah dalam al-Quran yang dipangggil dengan surah Masa (al-Asr).Allah sediakan dua malaikat kepada manusia untuk mencatat segala yang dilakukan individu pada setiap saat,minit,jam,hari,bulan dan tahun hingga ke akhir hayat manusia
Rasulullah sendiri dan para sahabat,memanfaatkan masa mereka samada untuk ibadah atau dakwah sahaja.Tiada yang lain dalam urusan kehidupan mereka melainkan ibadah dan khalifah sahaja,kerana itulah misi hidup seorang mukmin yang sebenarnya.
Ibnu Nafis,seorang doktor perubatan yang terkenal yang telah menjumpai teori perjalanan darah pada kurun ketujuh Hijrah.Beliau merupakan seorang tidak suka membazirkan masa Beliau suka menulis menulis laju seperti air yang mengalir.beliau sentiasa memastikan pensel-penselnya telah diasah,tersedia di atas meja sebelum memulakan penulisannya kerana ditakuti masanya akan terbuang dengan mengasah pensel.
Ibnu jazi,setiap kali mengasah penselnya beliau akan mengumpul habuk tersebut di dalam bekas yang khusus.Apabila beliau jatuh sakit,beliau mewasiatkan habuk tersebut dijadikan bahan bakar untuk memasak air mandian mayatnya.Apabila beliau wafat,sahabat dan kerabat beliau melaksanakan wasiat Ibnu Jazi,ternyata habuk pensel tersebut sempat memanaskan air mandian mayatnya malah ianya masih berbaki sedikit.MashaAllah J
Imam at-Tabari,seorang ahli tafsir yang mashur.Seorang yang menulis setiap hari sebanyak 40 helaian kertas dalam masa 40 tahun.Beliau seorang yang sangat menjaga rutinnya .Selepas mengambil sarapan pagi beliau akan tidur kemudian bangun dan solat zohor.Kemudian beliau akan menulis sehingga asar.Apabila selesai beliau akan menelaah bersama-sama murid-muridnya menelaah ilmu sehingga maghrib.Selepas maghrib beliau akan mengajar ilmu Feqah sehingga larut malam.
Imam Abu al-Wafa’ pernah berkata “tidak biasa untukku persiakan detik kurniaan yang Maha Esa buatku,hatta kalaulah lidahku kelu untuk meneruskan hafalan dan mataku penat menatapi patah tulisan aku akan berusaha menggerakkan fikiranku dengan memikirkan sesuatu cadangan mahupun permasalahan aku tidak akan berasa lega dan berpuas hati melainkan setelah mendapati penyelesainnya.
Aku juga berusaha mengurangkan masa makanku,kadangkala hanya memadai dengan sepotong kek dan seteguk air sejuk.Sehingga aku dapat meluangkan sebanyak mungkin masa untuk ilmu pengetahuanku”
Ibnu Malik,seorang ahli nahu yang terkenal.Para sahabat tidak pernah melihat beliau membuat perkara yang sia-sia kecuali melihat beliau samada sedang solat ataupun membaca al-Quran ataupun mengarang ataupun membaca kitab-kitab ilmu.
Kisah-kisah ini dipetik dari kitab : Nilai Masa Di Sisi Ulama karangan Syeikh Abdul Fattah Abu.Lihatlah betapa teliti dan cermatnya ulama dan orang alim menjaga masa,menjaga rutin harian mereka agar bermanfaat dan diredhai Allah.Maka tidak peliklah kalau kita perhatikan Islam sangat gemilang pada zaman mereka suatu ketika dahulu.
Moga kisah-kisah ini dapat memberi inspirasi kepada kita semua agar lebih menjaga masa dalam menjalani kehidupan kita seharian di dunia ini.Sesunggunya masa seorang mukmin itu adalah milik Allah.maka peruntukkanlah masa itu sebaik-baiknya dalam redha Allah.
No comments:
Post a Comment