14.7.11

Anda lemau? Tak crispy?

     The dearest words to Allah are four: SubhanAllah, Alhamdulillah, La ilaha illallah , and AllahuAkbar. There is no harm for you in which order you begin (them while remembering Allah)



Alhamdulillah, jom nu'min saah dengan suatu hadis yang sangat-sangat sweet.    Rasa berkobar-kobar selepas membaca hadis ini, SUBHANALLAH! Memberi semangat bila kadang-kadang kita 'lemau' tu. Selamat me'rangup'kan iman~ :)


Dari Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda,
”Sesungguhnya Allah swt. mempunyai  malaikat-malaikat yang tugasnya berkeliling di jalan-jalan untuk mencari majlis-majlis zikir. 

Apabila mereka menjumpai orang-orang yang sedang berzikir kepada Allah,mereka saling memanggil satu sama lain,” Kemarilah, inilah yang kalian cari!” 

Lalu para malaikat itu mengelilingi majlis tersebut dengan sayap-sayap mereka sampai ke langit. 

Apabila pada ahli zikir itu sudah berpisah dari majlis, para malaikat itu pun naik kembali ke langit.

Allah swt.bertanya kepada mereka sedang Dia Maha Mengetahui,

”Dari manakah kalian datang?"

 Para malaikat menjawab,”Kami datang dari hamba-hamba-Mu yang sedang sibuk mensucikan, mengagungkan dengan memuji Dzat-Mu.”

 Allah swt. bertanya, ”Apakah mereka dapat melihat-Ku?” 

Para malaikat menjawab,”Tidak, mereka tidak melihat Engkau.” 

Allah swt bertanya,”Bagaimanakah seandainya mereka melihatku.”

Para malaikat menjawab,”Jika mereka melihat Engkau, tentulah mereka akan  lebih giat lagi beribadah kepada-Mu

Allah bertanya lagi, "Apakah yang mereka minta?” 

"Mereka meminta syurga-Mu," jawab para malaikat. 

Allah bertanya.”Apakah mereka pernah melihat syurga itu?” 

"Mereka belum pernah melihat surga itu,” Jawab para malaikat lagi. 

Allah bertanya lagi,” Bagaimana sekiranya mereka telah melihat syurga-Ku itu?” 

Para malaikat menjawab, ”Sekiranya mereka telah melihat surga-Mu, tentu mereka lebih ingin dan lebih berusaha lagi sekuat mungkin untuk mendapatkanya.” 

Kemudian Allah bertanya,”Dari apakah mereka berlindung?” 

Para malaikat menjawab,”Mereka berlindung dari neraka jahannam.

Allah swt. bertanya,”Apakah mereka pernah melihat neraka jahannam itu?” 

"Tidak, mereka belum pernah melihat neraka Jahannam itu,” Jawab para Malaikat. 

Allah bertanya lagi,”Bagaimana sekiranya mereka telah melihat neraka itu?” 

Malaikat menjawab, “Sekiranya  mereka pernah melihat neraka itu, tentu mereka akan lebih dan lebih berusaha lagi supaya dijauhkan sejauh-jauhnya darinya.” 

Kemudian Allah berfirman ”Hendaklah kamu sekalian menjadi saksi bahwa Aku telah mengampuni semua peserta majlis itu.” 

Salah satu malaikat berkata,” Ya Allah, si fulan itu datang secara kebetulan, kerana urusannya sendiri, ia bukan termasuk peserta majlis itu.

Allah berfirman,”Majlis itu adalah majlis yang amat berbahagia, maka tidak akan merasa kecewa orang-orang yang duduk di majlis itu.

(Hr. Bukhari Muslim).

Allahuakbar!! wahhhhhhh, sweet nye Allah. Subhanallah! 

Apa lagi? Kat mana-mana pun kita, jangan lepaskan peluang untuk berkumpul dan join majlis-majlis ilmu atau ceramah atau tazkirah. Lagi-lagi kalau ada halaqah kecil-kecilan, percayalah, yang meramaikan majlis di antara kita adalah para malaikat yang mulia. Sayap-sayap yang meliputi kita berlapis-lapis hingga ke langit dunia. Wahhhhhh. Taraf penghuni langit gituh!

Allah Yang Maha Pengampun memberkati majlis-majlis zikir dengan mengurniakan pengampunan kepada sesiapa sahaja yang ada di dalam majlis tersebut. Tak kira lah, tidur ka, makan ka, buat homework ka. Duduk je, dah diampunkan dosa-dosa kecil kita. Bila dosa banyak dah diampunkan, mesti terasa hati bersih + iman pun membara-bara. Sebab tula, tak kira penat or busy macam mana sekali pun, ingatlah, Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersungguh. Doakan bukan kita yang berpaling dari Allah.




Allahumma barik lahu

No comments:

Post a Comment