GRAB THE LIGHT!
Biasakan dengar orang tanya, "Kenapa pergi usrah? Apa sebab datang usrah?"
Jawapan majority : Nak topup iman, iman terancam, environment tak sihat, Allah ampunkan orang yang ke majlis-majlis ilmu.
Alhamdulillah, Allah masih buka pintu hati ini untuk kembali kepadaNya.
Kita belajar macam-macam, baca dan bincang ayat-ayat Al-Quran, hadis-hadis dan sbginya. Bertanya dan memberi jawapan. Untuk meneguhkan dan meningkatkan iman kita.
Alhamdulillah, pengisian dan pencerahan untuk up-kan semangat dan keinsafan.
Hmm.....
Selepas usrah? Adakah pencerahan semangat diteruskan? eh? Hanya menunggu keinsafan datang bergolek?
Tau tak..
Ibaratnya, isi petrol sampai penuh tangki minyak kereta... untuk hanya memanaskan enjin kereta... kereta statik dan tidak bergerak.
Bila nak sampai ke destinasi?
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan (belum lagi) nyata orang-orang yang sabar?
3 : 142
Sampai bila nak panaskan enjin? Bila nak start tekan pedal dan maju ke hadapan? Keluar mencari hidayah Allah, bukan duduk-duduk, bersenang-senang dalam pembentukan diri.
Tidaklah sama antara mu’min yang duduk yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk, satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar
4 : 95
Andai kata, kita nak pergi ke Johor, mestilah naik train ke Johor. Pastikan track dan route train yang betul. Kalau nak ke Johor, takkanlah naik train ke Arau? Memang sampai bila-bila tak sampai.
Begitu jugalah tarbiyah ini. Untuk mencapai pencerahan (mengeluarkan diri dari kegelapan kepada cahaya), mestilah kita berada di landasan yang betul.
Ye, ikut Al-Quran dan Sunnah, TAPI, bukan itu sahaja. Kita sendiri hendaklah on the right track menuju Al-Quran dan Sunnah tu. Awak, jumpa ke ayat-ayat Al-Quran dibacakan di cinema? Ada ke tiba-tiba orang membincangkan hadis di bowling alley?
Nak mendapat taufiq dan hidayah, kenalah tetap dan teguh MENCARI. Stay on the right track, insyaAllah, Allah akan jodohkan kita dengan pencerahan yang luar biasa ini. Seperti sahabat-sahabat Rasulullah saw yang melalui perubahan yang AWESOME...
If we stayed and never strayed, Allah promises to make it easier for you on your journey of life...
Dan orang-orang yang mendapat petunjuk Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan kepada mereka (balasan) ketaqwaannya.
47:17
InsyaAllah, He will show you the Way. :)
Allahumma barik lahu
No comments:
Post a Comment