Malaysia telah banyak berubah,perubahan yang dikatakan sangat sekular. Boleh dikatakan semua rancangan TV berlandaskan hiburan...dari kecil sampailah kepada org tua semua orang mahu menyanyi berhibur berlebih lebihan..terkejut bila melihat adanya rancangan baru "kilauan emas" yang memberi peluang kepada golongan vateran tampil dipentas untuk menyanyi...yang menghairankan
,ramai pula makcik pakcik mahu menyanyi..
Bila keluar bersiar siar bersama keluarga di terengganu,saya nampak semakin ramai gadis gadis timur ini yang tidak bertudung...dulu saya rasa jarang sungguh nak tgk orang tak bertudung ni di negeri saya ini..begitu ketara kehidupan zaman sekarang yang kononnya dikatakan modern dengan zaman saya kecil2 dulu...
Ibu saya seorang guru,die pernah bercerita mengenai seorang muridnya darjah 4 tidak pandai mengucap kalimah syahadah ketika disuruh oleh ustazah..apabila ditanya adakah ibu bapanya pernah solat atau berpuasa,jawapannya sangat menyedihkan apabila die tidak pernah didedahkan dengan hal2 agama dirumahnya.
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah". (110:1-2)
merujuk pada ayat diatas,selepas Rasullulah mengumumkan sebuah negara islam setelah sahaja baginda berjaya menawan kembali kota Mekah,disitu ramai manusia memeluk agama islam..berbondong-bondong ramainya. Tapi apakah bezanya orang yang mula-mula masuk islam,bermati- matian berjihad menegakkan agama Allah dengan orang yang terkemudian masuk islam setelah melihat islam menang dan hebat ketika itu?adakah mereka memeluk islam ikhlas kerana Allah,percaya dan beriman pada Allah dan RasulNya atau kerana mereka hanya mengikut arus apabila melihat ramai orang yang memeluk islam(" mengikut TREND")?

Begitulah juga kita dapat mengaplikasikan ayat tersebut dalam fenomena masyarakat islam sekarang ini. Apabila islam itu diturunkan berlandaskan nasab keturunan,dari generasi kepada satu generasi, maka islam itu akan hanya terukir pada namanya sahaja,tidak terpancar pada akhlaknya,pemakaiannya,pemikirannya dan keseluruhan gaya hidupnya...tidak sama penghargaan yg diberikan oleh seseorang itu apabila ia diberi secara percuma dengan penghargaan yang diberi oleh seseorang yang bermati-matian untuk mendapatkannya...
Jadi, jika manusia berbondong-bondong memeluk islam ketika kegemilanganya,maka tidak mustahil jika manusia yang tidak faham islam ini juga berbondong-bondong meninggalkan islam ketika kejatuhannya.......setelah TREND islam sudah lagi tidak glemer,maka TREND Taghut lah yang menjadi ikutan..... Nauzubillahhhh..
Pendidkan membentuk individu muslim sangat penting dalam membendung masalah ini..kita ni umur dah meningkat,tak lama lagi dengan izin Allah kita akan bergelar isteri atau suami,ibu atau bapa...oleh itu,tingkatkanlah diri dengan ilmu agama,mentarbiyyah diri hari demi hari,meninggalkan jahiliyyah kita bersungguh-sungguh agar kita dapat mendidik anak2 kita,menjdi contoh yang terbaik untuk mereka dan juga masyarakat sekeliling...jangan biarkan anak cucu kita menunding jari ke muka kita di akhirat kelak menuduh kita sebagai punca mereka tidak pernah mengenal erti islam yang sebenarnya...
"maka tidak mustahil jika manusia yang tidak faham islam ini juga berbondong-bondong meninggalkan islam ketika kejatuhannya......."
ReplyDeletebergembiralah bagi mereka yang asing...
jzkk ukhti.. T.T