11.1.12

KITAkah anak2 yg soleh solehah itu..?

Bismillahirrahmanirrahim...

Baru2 ni news feed FB penuh dgn video ceramah ustaz don daniyal tentang anak2 asset ibu bapa ke syurga...setuju dan sangat2 lah setuju dgn apa yg ustaz cakapkan...ustaz ckp tgk anak2 yg kita jaga skarang ni nampak takkk mcm mereka lah yang akan memandikan jenazah kita, mengkapankan kita, mengimami solat jenazah utk kita, mendoakan kita bila kita(ibu bapa) pergi meninggalkan dunia ini selama lamanya......

Saya mendengar ceramah ini dr sudut pandangan seorang anak dan juga seorang ibu (walaupun xde anak lagi =D)..dari sudut pandang seorang anak amatlahhhhh sedih bila kita, anak yg sgt dimanjai disayangi dibelai2 dr kecil oleh ibu bapa kita akhirnya end up sebagai seorang yg tidak bernilai lgsung pd ibu bapa kita di dunia sana (akhirat)...apa balasan kita utk kasih syg mereka..? neraka..? azab tuhan..? hanya kerana kita lemah terlalu mengikut perasaan sndri mengingkari perintah Allah tanpa memikirkan yg ibu bapa kita bakal disoal oleh Pencipta mereka Pencipta kita atas anak2 yg telah dipertanggungjawabkan atas mereka...apa balasan kita untuk mereka...????

Dan ibu bapa mesti bertanggungjawab atas apa yg tlh diamanahkan oleh Pencipta..dah selalu dah kita dengar anak2 ketika lahir mereka hanya kain putih ,ibu bapa yg menjadikan mereka yahudi atau nasrani atau islam etc...bilamana kita sendiri (bila bergelar parents) lupa akan tanggungjawab utk mendidik mentarbiyyah anak2 dgn ilmu2 Allah akhlak2 al-quran tunggulah tibanya saat dimana segala tanggungjawab dipersoalkan...hari tatkala segala kesalahan diungkapkan (surah at-taghabun)

Dari Abu Hurairah ra., Nabi Muhammad saw. bersabda, "Apabila seseorang meninggal dunia, maka pahala amalnya akan terputus kecuali tiga hal, yaitu: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak shalih yang mendoakan orang tuanya." (Muslim; Misykat)








Allahumma barik lahu